KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB KE ATAS PEGAWAI DAERAH BALING

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB KE ATAS PEGAWAI DAERAH BALING

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Jasmi melakukan satu kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Baling, Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya di pejabatnya hari ini.

Turut bersama dengan Mohd Azad Jasmi adalah Salahuddin Haji Anor (Ahli Lembaga Pengarah PKB Builders Sdn Bhd), Ahmad Hussaini Hassan (Pengurus Kanan PKB Development Sdn Bhd) dan Dua lagi Kakitangan PKB Development Sdn Bhd 

PKB MENDOKONG ASPIRASI ‘THE GREATER KEDAH’

PKB MENDOKONG ASPIRASI ‘THE GREATER KEDAH’

Mohd Azad Jasmi mewakili PKB dan Prof Dr Rosmadi Fauzi, Pakar Geographical Information System dan Geo Politik, Universiti Malaya dalam temubual bersama YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah bagi mendokong aspirasi The Greater Kedah.

PKB akan melihat sektor pembangunan dalam konteks yang lebih berstruktur dan bersasar berdasarkan Data-Driven-Decision-Making di mana plot projek dan pembangunan bakal berasaskan kepada faktor data dan elemen guna tanah serta impak kepada komuniti bagi mengoptimumkan Index Kegembiraan rakyat.

Hal ini hanya berlaku di luar negara namun pendekatakan PKB akan lebih berasaskan data serta impak kepada sosial dan komuniti kawasan.

MOHD AZAD JASMI DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB BAHARU

MOHD AZAD JASMI DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB BAHARU

Permodalan Kedah Berhad (PKB) melantik Mohd Azad Jasmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKB yang baharu.

Mohd Azad Jasmi menggantikan Abdul Rahman Hj Din yang bersara wajib pada 28 Oktober 2023.

PKB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Abdul Rahman atas sumbangan yang besar sepanjang perkhidmatan beliau selama 29 tahun di PKB sejak ia mula ditubuhkan.

Abdul Rahman memulakan kerjayanya di PKB sejak Januari 1994 sebagai Penolong Pengurus Perancangan dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2015.