MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

27 Mei 2024, Isnin – Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan VSD Automation Sdn Bhd bagi projek ‘Ladang Solar Terapung (RE) dan Kecekapan Tenaga (EE)’ bertempat di Bilik Mesyuarat Permodalan Kedah Berhad semalam.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala VSD Automation Sdn Bhd diwakili oleh Abdul Hafiz bin Abd Rashid @ Abd Khalid serta turut disaksikan oleh Pengurus Kanan PKB Development En Ahmad Hussaini bin Hassan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama VSD Automation Sdn Bhd dalam Teknologi Hijau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi Negeri Kedah ke arah pembangunan yang mapan.

LAWATAN KE PUSAT IBS CIDB

LAWATAN KE PUSAT IBS CIDB

27 Mei 2024, Isnin – Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad (PKB), Puan Muzzaini binti Abd. Rahman bersama Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Capital En Ahmad Farizul bin Abd. Ghani telah melaksanakan lawatan ke Pusat IBS CIDB bagi merealisasikan Projek The Greater Homes @Kedah. Lawatan ini bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik di negeri Kedah.

Delegasi ini telah disambut baik oleh Pengurusan CIDB IBS dan diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak perunding ZAB memberi taklimat ringkas mengenai IBS CIDB. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian galeri dan contoh rumah IBS.

Moga dengan kunjungan tapak ke Pusat IBS CIDB bersama CIDB dapat membangunkan projek perumahan yang akan dijalankan. Tambahan itu ia juga dapat meningkatkan pasaran dan kualiti perumahan di negeri Kedah.

LAWATAN TAPAK KE KILANG MODENAS

LAWATAN TAPAK KE KILANG MODENAS

07 Mei 2024, Selasa – Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), En Mohd Azad Bin Jasmi bersama kumpulan PKB telah melaksanakan lawatan ke Kilang Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas). Lawatan bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan industri solar dapat dilihat secara menyeluruh bersama pihak pelabur – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Pihak Lembaga Maktab Mahmud yang berhasrat membuat pemasangan sistem solar di seluruh Bangunan Sekolah Kelolaan Lembaga Maktab Mahmud.

Delegasi ini disambut baik oleh Pengurusan Modenas dan Malakoff diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak Lembaga Maktab Mahmud diberi taklimat ringkas mengenai Pemasangan Solar Berbumbung dan pengoperasian Modenas. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian production serta melihat sistem solar.

Moga dengan kunjungan tapak ke Modenas dan kerjasama yang kukuh antara PKB bersama Malakoff dapat membangunkan projek penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan tenaga solar. Tambahan itu ia juga dapat mentransformasikan pembangunan ekonomi negeri dengan mengambilkira Kemampanan Alam Sekitar.