Sesi Kunjungan Hormat Delegasi PKB ke KAB Energy Holdings Sdn Bhd

Sesi Kunjungan Hormat Delegasi PKB ke KAB Energy Holdings Sdn Bhd

16 Julai 2024, Selasa – Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat, KAB Energy Holdings Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah disantuni oleh Pengurusan KAB Energy Holdings.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua syarikat, serta bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH) melalui pelaksanaan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui untuk kemajuan negeri Kedah.

Delegasi PKB telah disantuni oleh Pengarah Eksekutif KABEH, Dato’ Lai Keng Onn, Pengarah KABEH Datuk Wira Mubarak Hussain, Ketua Pegawai Operasi Bahagian SES En Jonathan Wu Jo-Han turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – KABEH dalam kerjasama ke arah merealisasikan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas untuk masa hadapan negeri Kedah.

Bengkel Semakan Pretasi Petengahan Tahun Anak-Anak Syarikat PKB

Bengkel Semakan Pretasi Petengahan Tahun Anak-Anak Syarikat PKB

15 Julai 2024, Isnin – Pada 14 Jun 2024 yang lepas, Bengkel Semakan Pretasi Pertengahan Tahun Anak – Anak Syarikat Permodalan Kedah Berhad telah diadakan di Hotel Adya, Langkawi Kedah Darul Aman.

Program ini khusus untuk seluruh warga kerja PKB dan telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif En Mohd Azad bin Jasmi.

Tujuan program ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan dan laporan anak-anak syarikat PKB sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Jun 2024.

Diharapkan agar bengkel ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua warga kerja anak – anak syarikat PKB.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM (MoU)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM (MoU)

11 Julai 2024, , Khamis – Satu perjanjian telah dimeterai antara, Permodalan Kedah Berhad (PKB), Kedah Islamic Asset Management (KIAM) dan FCA Capital Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi, KIAM diwakili oleh Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh bin Haji Din manakala FCA Capital Sdn Bhd diwakili oleh Dato’ Nik Mohd Amin Bin Nik Abdul Majid.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Ketua Eksekutif KIAM Encik Adi Harriman bin Abdul Majid dan Pengarah Pembangunan Perniagaan FCA Capital Sdn Bhd Dato A Razak Kassim.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB dan KIAM bersama FCA Capital Sdn Bhd untuk meneroka sektor inovasi dalam industri “Food Security” berteraskan teknologi pembangunan bagi negeri Kedah dan Malaysia.

SESI KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PERMODALAN KEDAH BERHAD KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

SESI KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PERMODALAN KEDAH BERHAD KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

8 Julai 2024, Isnin – Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Lembaga Zakat Negeri Kedah, Menara Zakat, Alor Setar.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan telah disantuni oleh Pengurusan LZNK.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua syarikat, serta bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui pelaksanaan tanggungjawab zakat perniagaan yang lebih teratur dan sistematik.

Delegasi PKB telah disantuni oleh Pengarah Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman, DSDK, AMK yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – LZNK untuk masa hadapan.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

4 Julai 2024, , Khamis – Satu perjanjian telah dimeterai antara, Permodalan Kedah Berhad (PKB), Kedah Islamic Asset Management (KIAM) dan Precious Amber International Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB dan KIAM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Precious Amber International Berhad diwakili oleh Puan Hajjah Nur Arina Azreen Binti Haji Abdul Basher.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB dan KIAM bersama Precious Amber International Berhad sebagai pemacu dalam bidang fund-of-funds dan penempatan pendapatan berstruktur.