Lawatan ke Kilang Brahims.
8 Ogos 2024, Khamis – Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Pengurus PKB Hotel Puan Roseita binti Jamaludin dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Lawatan ke Kilang Brahims.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas konsep (retord) bungkusan makanan dalam paket untuk memanjangkan hayat makanan. Melalui konsep ini makanan akan segar selama 2 tahun tanpa pengawet.
Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian kilang melihat bahagian R&D penggunaan mesin retord, suhu dan tekanan yang digunakan seperti rebusan dan panaskan untuk menyahaktifkan kuman.
Moga dengan kunjungan tapak ke Kilang Brahims sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam pembuatan konsep retord yang akan dijalankan kelak di PKB Hotel kelak.