
Kunjungan Hormat CIDB ke PKB
30 September 2024, Isnin โ Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menerima kunjungan hormat dari Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara dan CIDB Negeri Kedah.
Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman bersama Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Encik Badrudi bin Haji Hamid, Eksekutif Korporat Cik hafizatul Nasuha binti Amir Hafize, Pengurus PKB Hotel Puan Roseita binti Jamaludin, Penolong Pengurus PKB Development Encik Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.
Delegasi CIDB diketuai oleh Pengarah CIDB Negeri Kedah (CNK), Encik Muhammad Fariq Bin Abdul Hamid dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara diketuai oleh Ketua pegawai Eksekutif Encik Mohd Nazri bin Hj Zakaria bersama pegawai masing-masing.
Kunjungan ini dirangka bagi memperkenalkan CIDB sebagai sebuah badan berkanun yang menjalankan 14 fungsi di bawah Akta 520 dan menerangkan mengenai program CIDB yang berkaitan dengan PKB.
Manakala, pihak ABMU telah memperkenal program-program latihan & penilaian kemahiran dan penilaian yg dilaksanakan bagi kalangan kontraktor & personel binaan.
Semoga kunjungan ini dapat mempererat dan memastikan kelangsungan hubungan baik antara PKB, CIDB, dan ABM untuk jangka masa yang panjang, serta memberi manfaat yang berterusan kepada semua pihak yang terlibat.


