04 November 2024, Isnin: Bertempat di Dewan KCS, Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah berlangsung sebuah majlis penyerahan watikah kepada pelatih program graduan berpretasi tinggi negeri Kedah Darul Aman (Kedah Future Leaders) Tahun 2024.
Seramai dua puluh lima (25) graduan telah dipilih untuk menyertai Program Kedah Future Leaders, sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Institut Pengurusan dan INSPIN. Program ini bertujuan memberikan pengalaman berprestasi tinggi kepada para graduan dari negeri Kedah, sekaligus membentuk mereka menjadi pemimpin masa depan yang berwawasan dan berjiwa besar.
Menurut YB Dr. Haim Hilman Abdullah lagi, program ini selaras dengan titah Sultan Kedah yang menekankan pentingnya persiapan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran, baik dari segi ekonomi mahupun politik. Beliau berkata, para peserta perlu memiliki kesungguhan dan keinginan untuk menjadi luar biasa, kerana sejarah menunjukkan bahawa banyak pemimpin negara yang berjaya berasal dari Kedah.
Turut hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB) iaitu Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Encik Badrudi bin Haji Hamid dan Eksekutif Tadbir Encik Mohammad Inas bin Ibrahim.
Moga program ini memberi manfaat kepada para graduan tersebut dan diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah dan seterusnya memainkan peranan penting dalam kepimpinan negara pada masa hadapan.