Majlis Menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB bersama Ficus Capital Sdn Bhd

Majlis Menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB bersama Ficus Capital Sdn Bhd

09  Januari 2025, Khamis – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) bersama Ficus Capital Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan Ficus Capital Sdn Bhd diwakili oleh Rakan Kongsi Pengurusan Bersama Pelaburan & Operasi En Abdullah Hidayat.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Ficus Capital Sdn Bhd untuk bersama-sama meneroka dengan lebih mendalam sektor pelaburan yang unik dan bertanggungjawab melalui gabungan prinsip kewangan Islam dan amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) bagi negeri Kedah dan Malaysia.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SI International Group Bhd.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SI International Group Bhd.

08 Januari 2025, Rabu – Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SI International Group Bhd.

Majlis MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman serta Penolong Pengurus Operasi, Encik Hamiz bin Redzuan.

Moga MoU ini menjadi landasan kukuh dan titik tolak kepada kerjasama yang lebih strategik serta berimpak tinggi antara PKB dan SI International Group Bhd dalam usaha menggerakkan transformasi sektor kewangan, melestarikan amalan kewangan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif, serta meningkatkan kebolehpasaran kewangan di Negeri Kedah (sebagai Hub kewangan Wilayah Utara) ke tahap yang lebih gemilang dan berdaya saing di peringkat SG4 dan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, En. Azad Bin Jasmi, Melakukan Kunjungan Hormat kepada Penasihat SG4 Tun Mahathir

Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, En. Azad Bin Jasmi, Melakukan Kunjungan Hormat kepada Penasihat SG4 Tun Mahathir

07 Januari 2025, Selasa – En. Azad Bin Jasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Penasihat SG4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagi membincangkan beberapa inisiatif strategik yang bertujuan memacu pembangunan Negeri Kedah.

SG4, atau Pertumbuhan Strategik 4, adalah satu rangka kerja yang direka untuk memperkukuhkan sektor-sektor utama dalam negeri Kedah, negeri-negeri lain yang turut terlibat dalam inisiatif SG4 adalah negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia, seperti Perlis, Pulau Pinang, dan Perak dengan fokus khusus pada pertanian, pelancongan, dan pembangunan modal insan. Fokus SG4 adalah untuk mempertingkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta serta membangunkan rangka kerja yang menyokong pertumbuhan mampan di kawasan-kawasan ini.

Kunjungan hormat ini memberi tumpuan kepada rangka kerja SG4, yang menyasarkan untuk memperkasa ekonomi Kedah melalui penyelidikan, perancangan, dan pelaksanaan program yang menyokong pertumbuhan mampan dan inovasi. Dalam sesi perbincangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PKB En Mohd Azad bin Jasmi dan Penasihat SG4 Tun Mahathir membincangkan usaha untuk meneroka peluang dalam meningkatkan trafik pelancong serta memperkukuhkan sektor perhotelan di Langkawi dan seluruh Kedah, dengan matlamat menjadikan Negeri Kedah sebagai destinasi utama pelawat tempatan dan antarabangsa.

Sesi pertemuan ini juga turut membincangkan perancangan strategik jangka panjang untuk Negeri Kedah, termasuk kepentingan pembangunan modal insan sebagai tonggak utama dalam menyokong pertumbuhan mampan serta inovasi merentasi semua sektor. Komitmen berterusan Permodalan Kedah Berhad untuk memperkasakan potensi ekonomi negeri ini turut ditegaskan, dengan harapan untuk memastikan masa depan yang sejahtera bagi rakyat Kedah.

Lawatan Kerja PKB Development ke Brunei Economic Development Board.

Lawatan Kerja PKB Development ke Brunei Economic Development Board.

06 Januari 2025 – Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Kanan PKB Development (PKBD) Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira telah melakukan satu lawatan kerja ke Brunei Economic Development Board, Sabah.

Lawatan kerja ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi menyokong pembangunan negeri Kedah dan Sabah.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik PKB, PKBD dan Brunei Economic Development Board untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.