Lawatan Delegasi Syarikat GB Gold Sdn Bhd ke Permodalan Kedah Berhad

Lawatan Delegasi Syarikat GB Gold Sdn Bhd ke Permodalan Kedah Berhad

25 Februari 2025, Selasa : Bertempat di Bilik Mesyuarat PKB, Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara GB Gold Sdn Bhd dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi GB Gold telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.

Sesi lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan inovasi dan teknologi di negeri Kedah.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – GB Gold Sdn Bhd untuk masa hadapan.

Lawatan Tapak Kumpulan PKB ke Kilang Beras Pek Choo Keok dan ke Sawah Padi (Jerami Padi) serta ke Tapak Kuari Pasir di Sintok bersama Team Tan Sri Halim Saad

Lawatan Tapak Kumpulan PKB ke Kilang Beras Pek Choo Keok dan ke Sawah Padi (Jerami Padi) serta ke Tapak Kuari Pasir di Sintok bersama Team Tan Sri Halim Saad

21 Februari 2025, Jumaat – Delegasi Kumpulan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Pengurus PKB Development, En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan telah melaksanakan Lawatan Tapak ke Kilang Beras Pek Choo Keok dan ke Sawah Padi (Jerami Padi) serta ke Tapak Kuari Pasir di Sintok bersama Team Tan Sri Halim Saad.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai proses pembuatan beras, pengurusan jerami padi, serta operasi kuari pasir di Sintok. Selain itu, ia turut membuka peluang kerjasama strategik dalam memastikan kelestarian pertanian, sumber bahan binaan, dan bekalan runcit mampu milik di Kedah. Sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC), PKB komited untuk memperkasa industri tempatan demi manfaat rakyat dan ekonomi negeri.

Moga lawatan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan sektor pertanian dan sumber bahan binaan di Kedah, selari dengan agenda pembangunan negeri.

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara PKB & Systech Berhad dan Tujuh Warisan Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara PKB & Systech Berhad dan Tujuh Warisan Sdn Bhd

18 Februari 2025, Selasa – Bertempat di Bilik Mesyuarat PKB, Alor Setar Kedah satu Memorandum Kerjasama (MoC) telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad, Systech Berhad dan Tujuh Warisan Sdn Bhd.

Sesi MoC ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan serta mewakili kepimpinan Systech Berhad Encik Teoh Keng Cheng Pengarah Eksekutif, Systech Bhd, Encik Michael Chin, Ketua Pegawai Teknologi, Ms. Lim Xiru, Pembantu Eksekutif, Encik Wilson Low Ketua Pegawai Eksekutif, Wilstech Sdn Bhd, Ms. Ong Shek Ting, Pengurus Pemasaran, Wilstech Sdn Bhd dan Encik. Eizaz Azhar, Pengarah Urusan, Tujuh Warisan Sdn Bhd.

Moga MoC ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh kepimpinan PKB, Systech Berhad, dan Tujuh Warisan Sdn. Bhd. dalam
memajukan AI dan infrastruktur berteknologi tinggi Malaysia, menyokong matlamat transformasi digital negara, dan memupuk ekosistem AI yang berkembang maju di negeri Kedah dan Malaysia.

Majlis Menandatangani Perjanjian PPA – SARE antara PKB & Jase Solar Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Perjanjian PPA – SARE antara PKB & Jase Solar Sdn Bhd

18 Februari 2025, Selasa – Bertempat di Bilik Mesyuarat PKB, Alor Setar Kedah satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Jase Solar Sdn Bhd. 

Sesi majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan serta barisan kepimpinan Jase Solar Sdn Bhd.

Moga perjanjian ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara PKB dan Jase Solar Sdn. Bhd. dalam menerajui inisiatif tenaga boleh diperbaharui. Dengan gabungan kepakaran teknikal dan kecekapan perniagaan kedua-dua pihak, perjanjian ini bakal membuka jalan kepada pembangunan projek tenaga hijau yang mampan serta menyumbang kepada agenda negara ke arah masa depan yang lebih lestari.

 

#CSR PKB Prihatin: Sumbangan Ikhlas Warga Kerja Kumpulan PKB

#CSR PKB Prihatin: Sumbangan Ikhlas Warga Kerja Kumpulan PKB

18 Februari 2025, Selasa: Penolong Eksekutif Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat Puan Norazura binti Abu Bakar mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohd Azad bin Jasmi telah menyantuni Encik Nazri, Pegawai Keselamatan.

Moga sumbangan kecil ini dapat membantu En Nazri dan keluarga dalam mengurangkan sedikit beban yang kini sedang berdepan dengan cabaran kesihatan.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu serta memberi kekuatan kepada beliau dalam menghadapi ujian ini.

Seluruh warga PKB mendoakan agar Encik Nazri dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang baik, serta dipermudahkan segala urusan.