Kunjungan Hormat PKB ke Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar.

Kunjungan Hormat PKB ke Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar.

10 Mac 2025, Isnin : Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi hari ini telah melakukan satu kunjungan hormat bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan, Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize dan Pengurus Kanan PKB Development (PKBD) Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira ke Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar untuk menyantuni ‘ Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, DIMP., SDK., AMK., AMN., BCK.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan negeri Alor Setar dan demi pembangunan negeri Kedah pada masa akan datang.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik antara PKB dan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar

06 Mac 2025, Khamis – Bertempat di bilik mesyuarat Permodalan Kedah Berhad (PKB) satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Koperasi Pekan Rabu.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus, Encik Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan serta delegasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad telah diketuai oleh Pengurus Koperasi Pekan Rabu Encik Izahar bin Ibrahim yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Koperasi Pekan Rabu dalam merealisasikan kerjasama strategik melalui bidang tenaga solar, satu langkah ke hadapan demi menjayakan agenda kelestarian dan tenaga hijau di Kedah.