2 September 2024, Isnin – Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan telah menghadiri Jemputan Sidang Kemuncak ‘State Goverment 4’ (SG4) iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu di Bandar Baru Bangi, Selangor.
“SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) ditubuhkan untuk memfokuskan kepda lima kluster utama iaitu infrastruktur dan logistik, perdagangan, pelaburan dan industri, pertanian dan sekuriti makanan, pendidikan dan modal insan dan sumber pendapatan baharu,” kata bekas Perdana Menteri Keempat dan ketujuh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tambahan itu, beliau berkata industri nadir bumi (REE) adalah salah satu sumber pendapatan utama yang boleh menyumbang kepada syarikat baharu ditubuhkan itu.
Beliau juga menambah penubuhan SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) memberi fokus untuk membangunkan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri yang terlibat.
Moga sidang kemuncak ini dapat membawa manfaat besar kepada rakyat khususnya di negeri-negeri SG4 kelak.

