10 – 12 September 2024, Selasa – Rabu ; Bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi, Kedah Darul Aman, Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah membuka reruai di segmen pameran Mesyuarat Jurutera Awam (MJA) 2024.

Reruai Kumpulan PKB telah dikunjungi oleh Ketua Pengarah JKR, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail pada 12 September 2024 usai perasmian program dan pada 11 September 2024 turut melawat reruai adalah Pengarah JKR Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal Bin Ismail.

Kunjungan oleh YBhg Datuk Wira KPKR tersebut telah disantuni oleh
Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Pengurus Kanan PKB Development mewakili En Mohd Azad Jasmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKB.

Kumpulan PKB ingin mengucapkan penghargaan ribuan terima kasih buat Tuan pengarah serta pengunjung dan seluruh delegasi MJA 2024 kerana sudi meluangkan masa dan mengunjungi reruai Kumpulan PKB.