Hadir merasmikan adalah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah dan barisan pengurusan KDA FC di wakili oleh Khamal Idris Haji Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Mohd Faraok Ismail, Pegawai Infrastruktur.
 
Memeriahkan suasana petang tadi semua pihak yang terlibat dengan sejarah bolasepak KFA terdiri dari bekas jurulatih, bekas pemain dan bekas pentadbir yang telah berkhidmat menyumbang kepada kejayaan bolasepak Kedah sejak 90an.
 
Bersempena dengan perasmian bangunan baharu pentadbiran bolasepak KFA, turut diungkai sejarah penubuhan pentadbiran bolasepak di Kedah sehingga ke hari ini seterusnya menuju 100 tahun penubuhan Persatuan Bolasepak Kedah pada tahun hadapan.
 
Wisma KFA atau dikenali sebagai House of Kedah Football akan menjadi pusat pentadbiran bolasepak serta pembangunan bolasepak di Kedah meliputi pembangunan akar umbi, pembangunan kepengadilan, pembangunan jurulatih dan penganjuran liga peringkat negeri.
 
Tahniah KFA! Pulun Kedah Pulun!
 
WISMA KFA, House of Kedah Football
No. 4127, Jalan Stadium, Bandar Alor Setar
05100 Alor Setar, Kedah