12 Jun 2024, Rabu – Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), En Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan telah menghadiri satu mesyuarat di IM Global Alor Setar, Kedah pada Isnin yang lalu.
Delegasi PKB telah disantuni oleh Pengarah Eksekutif IM Global, Sr. Haji Che Had bin Dhali bersama warga kerja beliau yang lain.
Lawatan ini telah diisi dengan pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju dan untuk melihat potensi dalam peluang projek hartanah di Kedah dan di luar Kedah yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak.
Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – IM Global untuk masa hadapan.