28 Julai 2024, Ahad – Delegasi Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah).
Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.
Lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.
Delegasi PlanMalaysia Kedah telah diketuai oleh Pengarah Ekesekutif, En. Mohd Munizam bin Abdul Aziz yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.
Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – JPBD Negeri Kedah untuk jangka masa yang panjang.