7 Ogos 2024, Rabu – Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Tapak Projek Perumahan yang Tersenarai Sebagai Pemenang Perak.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas reka bentuk hibrid yang inovatif yang menggabungkan dengan lancar susun atur vila yang mewah dengan kepraktisan kediaman pangsapuri, menawarkan perumahan mampu milik berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan masyarakat yang pelbagai.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa melawat ke Taman Nuri Sentosa, yang merupakan Tapak Projek Perumahan yang Tersenarai Sebagai Pemenang Perak.

Moga dengan kunjungan tapak ke Projek Perumahan yang Tersenarai Sebagai Pemenang Perak sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam pembangunan projek perumahan yang akan dijalankan kelak di negeri Kedah.