16 Oktober 2024, Rabu – Bertempat di Bilik Mesyuarat PKB, Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara Syarikat ACEN – Silverwolf dan Permodalan Kedah Berhad.
Delegasi ACEN Silverwolf telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.
Sesi lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan inovasi dan teknologi di negeri Kedah.
Delegasi ACEN – Silverwolf telah diketuai oleh Mr Kelvin Yuen Pengarah dan Ketua Cawangan di Malaysia Mr Hong Bian Ooi.
Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – ACEN – Silverwolf untuk masa hadapan.