27 November 2024, , Rabu – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MADCash Sdn Bhd bertempat di Ibu Pejabat MADCash di Kuala Lumpur.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi mewakili PKB dan MADCash Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Puan NurAizah binti Shamsul Baharin.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MADCash Sdn Bhd pada masa hadapan.