20 Januari 2025, Isnin – Bertempat di Hotel Impiana, Kuala Lumpur satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd.
Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize mewakili PKB manakala mewakili Bravo Borneo Shipyard diketuai oleh Pengarah Urusan, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Affenddy Suhaimi, Timbalan Pengarah Urusan Datuk Norazuwan Aziz, Ketua Pembangunan dan Hal Ehwal Korporat Puan Frida Farah Bungga dan Ketua Pegawai Kewangan Muhammad Ariff Husain.
Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd dalam kepakaran pelbagai sektor demi memperkukuhkan pembangunan ekonomi, teknologi, dan keupayaan industri maritim yang memberi manfaat kepada masyarakat negeri Kedah. Melalui kerjasama ini, diharapkan sinergi yang terjalin dapat membuka peluang-peluang baharu dalam inovasi, pelaburan strategik, dan pertumbuhan sektor berkaitan.

