25 Februari 2025, Selasa : Bertempat di Bilik Mesyuarat PKB, Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara GB Gold Sdn Bhd dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi GB Gold telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.

Sesi lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan inovasi dan teknologi di negeri Kedah.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – GB Gold Sdn Bhd untuk masa hadapan.