MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

13 November 2024, Rabu – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Acen-Silverwolf Pte.Ltd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala ACEN – Silverwolf Pte.Ltd telah diwakili oleh Pengarah Mr Kelvin Yuen.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama ACEN – Silverwolf Pte.Ltd dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas.

Kedah Future Leaders 2024

Kedah Future Leaders 2024

04 November 2024, Isnin: Bertempat di Dewan KCS, Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah berlangsung sebuah majlis penyerahan watikah kepada pelatih program graduan berpretasi tinggi negeri Kedah Darul Aman (Kedah Future Leaders) Tahun 2024.

Seramai dua puluh lima (25) graduan telah dipilih untuk menyertai Program Kedah Future Leaders, sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Institut Pengurusan dan INSPIN. Program ini bertujuan memberikan pengalaman berprestasi tinggi kepada para graduan dari negeri Kedah, sekaligus membentuk mereka menjadi pemimpin masa depan yang berwawasan dan berjiwa besar.

Menurut YB Dr. Haim Hilman Abdullah lagi, program ini selaras dengan titah Sultan Kedah yang menekankan pentingnya persiapan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran, baik dari segi ekonomi mahupun politik. Beliau berkata, para peserta perlu memiliki kesungguhan dan keinginan untuk menjadi luar biasa, kerana sejarah menunjukkan bahawa banyak pemimpin negara yang berjaya berasal dari Kedah.

Turut hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB) iaitu Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Encik Badrudi bin Haji Hamid dan Eksekutif Tadbir Encik Mohammad Inas bin Ibrahim.

Moga program ini memberi manfaat kepada para graduan tersebut dan diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah dan seterusnya memainkan peranan penting dalam kepimpinan negara pada masa hadapan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou)

30 Oktober 2024, Rabu – Satu perjanjian telah dimeterai antara PKB Development Sdn Bhd dan Propadu Holdings Sdn Bhd di bilik mesyuarat Permodalan Kedah Berhad pada hari ini.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus PKB Development, En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Propadu Holdings sebagai rakan usahasama teknikal bagi projek-projek renewable energy, dan juga sebagai rakan usahasama untuk mengembangkan rangkaian pengedar kenderaan Edaran Otomotif Elektrik Sdn Bhd (EOE) di wilayah utara.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

30 Oktober 2024, Rabu – Satu perjanjian telah dimeterai antara PKB Development Sdn Bhd dan Polysage Engineering Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus PKB Development, En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan dan Penolong Pengurus, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB Development bersama Polysage Engineering dalam kepakaran pelbagai sektor pembinaan dan infrastruktur ke arah merealisasikan dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

30 Oktober 2024, Rabu – Bertempat di bilik mesyuarat Permodalan Kedah Berhad (PKB) satu perjanjian telah dimeterai antara PKB Development Sdn Bhd dan Pensolar Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Pengurus PKB Development, Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan dan Penolong Pengurus, Encik Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB Development bersama Pensolar dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek solar dengan menyepadukan gabungan kepakaran inovasi dan teknologi serta kepintaran perniagaan yang meluas.

Majlis Pelancaran The Greater Kedah

Majlis Pelancaran The Greater Kedah

27 Oktober 2024, Ahad – Bertempat di Dewan Seri Mentaloon Alor Setar, telah berlangsung majlis Pelancaran The Greater Kedah
yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB, En Mohd Azad Bin Jasmi serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Gagasan The Greater Kedah, yang dirintis oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah melalui titah diraja, adalah sebuah visi menyeluruh yang melibatkan semua aspek penting negeri. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada generasi sekarang dan yang akan datang, serta memandu negeri Kedah ke arah masa depan yang lebih cerah dan mampan.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, berkata hari ini kita bakal menyaksikan satu penjenamaan terhadap usaha yang sedang berjalan, termasuk Pelan Pembangunan Kedah 2035, pelan industri, dan kemasukan pelaburan yang sangat aktif. Semua ini dirangkum dalam gagasan The Greater Kedah, yang mensasarkan perjalanan selama 100 tahun, tetapi akan dipendekkan kepada tahun 2050.

Bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menegaskan bahawa negeri Kedah harus berusaha untuk melindungi sektor pertanian, khususnya yang berkaitan dengan warisan negeri, bagi menjamin keterjaminan makanan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap melalui rakaman video pada majlis pelancaran The Greater Kedah yang disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor pada hari Ahad yang lalu.

Moga pelancaran gagasan The Greater Kedah ini memberi manfaat bersama kepada seluruh rakyat negeri Kedah pada masa hadapan.