MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)
5 Ogos 2024, Isnin – Bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad Alor Setar telah termeterai satu perjanjian antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Aeronas Aerocraft Sdn Bhd.
Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan Aeronas Aerocraft Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Eksekutif, En Abdul Malik bin Paga dan disaksikan oleh Pengarah Projek Kumpulan En Ahmad Suhaimi bin Halim dan Ketua Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran, Puan Haslinda Abdul Halim.
Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Kumpulan Syarikat AERONAS dalam membangunkan pembuatan dan pembinaan pesawat ringan Aeronas (Aerokraf Nasional) di Negeri Kedah.