MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

4 Julai 2024, , Khamis – Satu perjanjian telah dimeterai antara, Permodalan Kedah Berhad (PKB), Kedah Islamic Asset Management (KIAM) dan Precious Amber International Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB dan KIAM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Precious Amber International Berhad diwakili oleh Puan Hajjah Nur Arina Azreen Binti Haji Abdul Basher.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB dan KIAM bersama Precious Amber International Berhad sebagai pemacu dalam bidang fund-of-funds dan penempatan pendapatan berstruktur.

Lawatan Delegasi Permodalan Kedah Berhad ke Bina Darul Aman Berhad

Lawatan Delegasi Permodalan Kedah Berhad ke Bina Darul Aman Berhad

1 Julai 2024, Isnin – Permodalan Kedah Berhad telah melakukan lawatan ke Bina Darul Aman Berhad., Ibu Pejabat, Alor Setar.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah disantuni oleh Pengurusan BDB.

Lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua syarikat, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak untuk pembangunan negeri Kedah.

Delegasi BDB telah diketuai oleh Pengarah Ekesekutif, YM Raja Shahreen yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – BDB untuk jangka masa yang panjang.

Majlis menandatangani ‘term sheet’ antara PKB dan Teguh Harian Group

Majlis menandatangani ‘term sheet’ antara PKB dan Teguh Harian Group

1 Julai 2024, Isnin – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Teguh Harian Group bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Teguh Harian Group diwakili oleh Mr Law Hoo Chew Pengurus Perancangan dan Pembangunan Hartanah.

Majlis menandatangani ‘term sheet’ ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Encik Badrudi bin Haji Hamid.

Moga ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Teguh Harian Group dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek perumahan mampu milik untuk rakyat negeri Kedah.

CEO PKB Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG (SMA Hidayah)

CEO PKB Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG (SMA Hidayah)

27 Jun 2024, Khamis – Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Bin Jasmi telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah kali ke -18 tahun 2024 bertempat di Dewan Semarak Ilmu pada Khamis yang lalu.

Majlis yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 12.00 tengah hari itu menerima kira-kira melebihi 100 orang tetamu yang rata-rata terdiri daripada ibu bapa para pelajar Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah tersebut.

Semoga segala usul yang dibangkitkan, segala keputusan dan perancangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kemajuan dan kesejahteraan sekolah serta anak-anak pelajar Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah.

THE GREATER KEDAH FORUM

THE GREATER KEDAH FORUM

20 Jun 2024, Khamis – Bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar minggu lepas, telah berlangsung sebuah program Pemukiman Pemimpin Persidangan Tadbir Urus & Kelestarian 2024 yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mengenai Gagasan The Greater Kedah kepada Barisan Exco Kerajaan Negeri, ADUN, Ahli Parlimen, Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta Pengurusan Tertinggi GLC Kedah.

Program dilanjutkan dengan Forum “The Greater Kedah”, yang dipandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Wira Isahak Murat sebagai Moderator.

Panel utama forum ialah Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah; serta panel jemputan, Pengerusi Eksekutif PwC, Nurul A’in Abdul Latif. Ketua Pegawai Eksekutif PKB, En Mohd Azad Bin Jasmi turut menghadiri forum tersebut.

Moga program ini memberi manfaat bersama kepada seluruh warga kerja Badan Berkanun Kerajaan dan GLC Negeri Kedah.