๐‚๐’๐‘ ๐๐Š๐ ๐ƒ๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ๐จ๐ฉ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ

๐‚๐’๐‘ ๐๐Š๐ ๐ƒ๐ž๐ฏ๐ž๐ฅ๐จ๐ฉ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ

24 September 2024, Selasa: Pengurus PKB Development En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan telah menyantuni dua staf PKB Development yang telah dilanda musibah banjir baru – baru ini.

Moga sumbangan kecil ini dapat membantu keluarga penerima dalam mengurangkan sedikit beban mereka di saat-saat yang mencabar ini.

Kunjungan Hormat PKM ke PKB

Kunjungan Hormat PKM ke PKB

19 September 2024, Khamis โ€“Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menerima kunjungan hormat dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Kota Setar.

Lawatan ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB โ€“ Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Kota Setar untuk jangka masa yang panjang.

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

 

10 – 12 September 2024, Selasa – Rabu ; Bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi, Kedah Darul Aman, Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah membuka reruai di segmen pameran Mesyuarat Jurutera Awam (MJA) 2024.

Reruai Kumpulan PKB telah dikunjungi oleh Ketua Pengarah JKR, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail pada 12 September 2024 usai perasmian program dan pada 11 September 2024 turut melawat reruai adalah Pengarah JKR Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal Bin Ismail.

Kunjungan oleh YBhg Datuk Wira KPKR tersebut telah disantuni oleh
Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Pengurus Kanan PKB Development mewakili En Mohd Azad Jasmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKB.

Kumpulan PKB ingin mengucapkan penghargaan ribuan terima kasih buat Tuan pengarah serta pengunjung dan seluruh delegasi MJA 2024 kerana sudi meluangkan masa dan mengunjungi reruai Kumpulan PKB.

Sesi Kunjungan Hormat PKB ke Pejabat MARA Negeri Kedah

Sesi Kunjungan Hormat PKB ke Pejabat MARA Negeri Kedah

8 September 2024, Ahad โ€“ Delegasi Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat MARA Negeri Kedah.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.

Lawatan ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.

Delegasi MARA Kedah telah diketuai oleh Pengarah Puan Lailatul Asmah bin Mohd Tahir yang turut sama, bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB โ€“ MARA Negeri Kedah untuk jangka masa yang panjang.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

4 September 2024, Rabu โ€“ Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Zntech Network Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan Zntech Network Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan Encik Zainon Hanapi.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Zntech Network Sdn Bhd untuk bersama-sama meneroka dengan lebih mendalam sektor inovasi dalam industri โ€œFood Securityโ€ berteraskan teknologi pembangunan bagi negeri Kedah dan Malaysia.