LAWATAN KERJA KE MASJID AL-BUSYRA, MERBOK

LAWATAN KERJA KE MASJID AL-BUSYRA, MERBOK

CEO PKB, Mohd Azad Jasmi mengetuai delegasi ke Masjid Al- Busyra, Merbok.

 Kehadiran Delegasi PKB telah disambut baik oleh Imam Masjid Al-Busyra iaitu Ustaz Firdaus Firabib untuk berbincang berkenaan peluang-peluang kolaborasi antara PKB dengan Masjid Al-Busyra terutamanya konsep pembangunan semula  yang diketengahkan Masjid Al-Busyra boleh diterjemahkan kepada  masjid-masjid lain di dalam dan luar Negeri Kedah.

Ustaz Firdaus Firabib telah berkongsi cerita dan pengalaman beliau dalam membangunkan Masjid tersebut dan kejayaan-kejayaan dalam membangunkan ummah serta komuniti setempat.

Kunjungan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan juga sesi bergambar.

 
 
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE ATAS MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD)

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE ATAS MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD)

Delegasi PKB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azad Jasmi ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani.

Delegasi dijemput dan dilayan dengan penuh kemesraan oleh kakitangan MADAD ke bilik mesyuarat MADAD. Kehadiran Delegasi PKB telah disambut baik oleh Pengarah Urusan MADAD iaitu Ustaz Mohammad Yaakub Yusra untuk berbincang berkenaan peluang-peluang kolaborasi antara PKB dengan MADAD.

Ustaz Mohammad Yaakub Yusra telah berkongsi cerita dan pengalaman beliau dalam bidang keusahawanan dan kejayaan-kejayaan beliau dan MADAD dalam membangunkan ummah serta komuniti setempat.

Kunjungan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan juga sesi bergambar.

 
 
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB KE ATAS PEGAWAI DAERAH BALING

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB KE ATAS PEGAWAI DAERAH BALING

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Jasmi melakukan satu kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Baling, Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya di pejabatnya hari ini.

Turut bersama dengan Mohd Azad Jasmi adalah Salahuddin Haji Anor (Ahli Lembaga Pengarah PKB Builders Sdn Bhd), Ahmad Hussaini Hassan (Pengurus Kanan PKB Development Sdn Bhd) dan Dua lagi Kakitangan PKB Development Sdn Bhd