Mohd Azad Jasmi mewakili PKB dan Prof Dr Rosmadi Fauzi, Pakar Geographical Information System dan Geo Politik, Universiti Malaya dalam temubual bersama YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah bagi mendokong aspirasi The Greater Kedah.
PKB akan melihat sektor pembangunan dalam konteks yang lebih berstruktur dan bersasar berdasarkan Data-Driven-Decision-Making di mana plot projek dan pembangunan bakal berasaskan kepada faktor data dan elemen guna tanah serta impak kepada komuniti bagi mengoptimumkan Index Kegembiraan rakyat.
Hal ini hanya berlaku di luar negara namun pendekatakan PKB akan lebih berasaskan data serta impak kepada sosial dan komuniti kawasan.
Permodalan Kedah Berhad (PKB) melantik Mohd Azad Jasmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKB yang baharu.
Mohd Azad Jasmi menggantikan Abdul Rahman Hj Din yang bersara wajib pada 28 Oktober 2023.
PKB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Abdul Rahman atas sumbangan yang besar sepanjang perkhidmatan beliau selama 29 tahun di PKB sejak ia mula ditubuhkan.
Abdul Rahman memulakan kerjayanya di PKB sejak Januari 1994 sebagai Penolong Pengurus Perancangan dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2015.
Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk menjalin kerjasama strategik dalam beberapa sektor industri utama yang memberi manfaat kepada kesemua pihak terbabit.
Majlis penandatanganan MoU itu disempurnakan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah, Tuan Haji Muhamad Sobri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Abdul Rahman Din.
Majlis MoU tersebut diadakan di Wisma Darul Aman, Kedah itu disaksikan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan alumni USM menyambut baik hasrat kerjasama USM, MBI dan juga PKB atas jalinan kerjasama pembangunan projek Gerbang@USM dan Projek Penginapan dan Perumahan Desasiswa di atas tanah USM Kampus Kejuruteraan, Transkrian, Pulau Pinang secara BOT (Build, Operate & Transfer)
Komponen Projek ini meliputi komplek sukan, kedai, hypermarket, stesen minyak, restoran makanan segera, surau terapung serta Laman Nadi yang berkonsepkan ‘Foodtruck’, ‘Carboot Sales’ dan lain-lain. Projek Penginapan dan Perumahan Desasiswa pula merangkumi 200 unit bilik standard, 156 unit bilik eksekutif, 44 unit bilik suite dan 20 unit rumah kelamin yang boleh menempatkan 1,000 orang pelajar. Kos pembangunan bagi kedua-dua projek dianggarkan berjumlah RM48 juta dan tempoh pembangunan selama 36 bulan.
ALOR SETAR, 31 MAC 2021 – Syarikat milik Kerajaan Negeri Kedah, Permodalan Kedah Berhad (“PKB”) dan Open Road Asia Sdn Bhd (“OPen Road Asia), hari ini memeterai perjanjian usaha sama (“JV”) untuk membangunkan destinasi pelancongan dan sukan permotoran di Malaysia, OPen Road International Circuit (“ORIC”) & Integrated Resorts (“IR”) di pulau peranginan Langkawi.
Perjanjian JV tersebut dimeterai pada majlis menandatangani di Wisma Darul Aman antara OPen Road Asia dan PKB, disaksikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor (“Haji Muhammad Sanusi”), Menteri Besar Kedah. OPen Road Asia diwakili oleh Pengasas dan Penasihat Kumpulan Dato’ David Goh (“Dato’ David”) manakala PKB diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”), Encik Abdul Rahman Haji Din (“Abdul Rahman”).
OPen Road International Circuit and Integrated Resorts, bakal dibangunkan di atas tanah seluas 183 ekar yang mengadap laut di Bukit Malut, bukan sahaja akan merangkumi litar sukan permotoran yang diluluskan oleh FIA, tetapi juga sebuah resort bersepadu sepenuhnya yang mengandungi hartanah kediaman mewah, outlet penjualan barangan mewah, hotel bertaraf 5-bintang, pusat pengedaran kereta 4-S, gudang penyimpanan kereta untuk 900 unit, stesen minyak dan juga pelbagai tarikan pelancong serta restoran berkelas dunia.
Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi dalam ucapannya berkata, beliau yakin pembangunan seperti ini mampu untuk menarik lebih ramai pelancong luar dan ianya akan memberi manafaat kepada Pulau Langkawi dan penduduk di sana. Pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa ini sesungguhnya akan menjadi tarikan baru sektor pelancongan di Langkawi disamping tarikan sedia ada”, kata beliau.
“Tambah beliau, keputusan PKB dan Open Road Asia Sdn. Bhd. merancang untuk merancakkan sektor pelancongan di Langkawi melalui satu cadangan pembangunan litar lumba bertaraf dunia di Pulau Langkawi adalah amat sesuai. Beliau mengajak setiap agensi dan jabatan yang terlibat untuk sama – sama membantu dalam merealisasikan cadangan oleh PKB dan Open Road Asia Sdn. Bhd,”.
Dato’ David berkata, “Projek Bersepadu ORIC dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 1.3b ini dijangka menyediakan lonjakan ekonomi berimpak tinggi yang segera kepada Pulau Langkawi dan negeri Kedah, serta Malaysia apabila ianya siap dalam jangkamasa 5 tahun kelak. Dengan unjuran penambahan dari segi ketibaan pelancong-pelancong berbelanjaan tinggi dari dalam dan luar negara, projek ini dijangka membantu mewujudkan aliran perniagaan yang tidak putus-putus dan peluang pekerjaan bagi rakyat Kedah menerusi perkembangan ekonomi pulau ini. Adalah menjadi harapan kami agar projek ini mengkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi paling popular pelancong-pelancong di Asia Tenggara.”
Litar lumba itu juga akan mencatat beberapa rekod dari segi reka bentuk litar lumba termasuk litar lurus yang terpanjang, anjakan selekoh atau carousel, dan hairpin turun bukit. Dimodelkan daripada litar Nurburgring di Jerman, litar lumba sepanjang 5.8km ini bakal menjadi “Nurburgring di Timur”, gelaran secara peribadi oleh Dato’ David sendiri. Apabila ORIC siap pada Q2/2023, tarikan litar lumba bertaraf dunia ini pastinya meletakkan Langkawi di barisan hadapan peminat-peminat sukan permotoran di Asia, menyediakan platform untuk menyemai R&D dalam sektor automotif, medan ujian dan destinasi perlumbaan bagi pengeluar-pengeluar utama automotif, peminat sukan permotoran dan pasukan perlumbaan dari seluruh dunia.
Video Rasmi Pelancaran Open Road International Circuit