16 Disember 2024, Isnin : Permodalan Kedah Berhad (PKB) terus menunjukkan komitmen dalam membantu masyarakat Kedah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Dalam majlis penyerahan sumbangan pasca banjir yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan, seramai 350 penerima telah menerima bantuan yang disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, ADUN Kubang Rotan.
PKB diwakili oleh Encik Inas bin Ibrahim, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, bersama rakan kerjasama seperti Persatuan Hotel Malaysia Kedah Perlis, MyCar, dan Global Exhibition & Conferences (GEC). Kerjasama ini membuktikan semangat keprihatinan dan sokongan berterusan kepada komuniti yang terjejas dan memerlukan.
PKB berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir dan menjadi pemangkin untuk mereka kembali bangkit membina kehidupan yang lebih baik.