24 Mac 2025, Isnin : Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi hari ini telah melakukan satu kunjungan hormat bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan ke Bilik Mesyuarat Unit Hasil Bahagian Perumahan, Aras 1, Blok B, Wisma Darul Aman.
Kunjungan hormat ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara kedua-dua entiti, di samping perbincangan mengenai hala tuju kerjasama yang boleh diterokai bersama. Pertemuan ini turut membuka ruang kepada pembentukan jaringan komunikasi yang strategik demi kepentingan bandar raya Alor Setar serta menyokong agenda pembangunan negeri Kedah pada masa hadapan.
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik antara dua pihak untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.

