18 Ogos 2024, Ahad – Bertempat di Hotel Jerai,  Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara CSSDS Environmental Technologies dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi CSSDS telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Sesi lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.

Delegasi CSSDS telah diketuai oleh Mr Liu Yanchen Pengurus Besar dan Pengarah, Mr David Chong Pengarah Eksekutif dan Mr Huang Hai Ketua Jurutera dan Pengarah.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – CSSDS untuk masa hadapan.