8 Ogos 2024, Khamis – Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, bersama Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Pengurus PKB Hotel Puan Roseita binti Jamaludin dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Kilang Nichichon untuk Melawat Solar yang Dipasang Syarikat Jase.

Lawatan tapak ini bertujuan bagi menyakinkan pihak PKB dalam menawarkan tawaran kerja bagi syarikat yang telah melepasi syarat kelayakan untuk pemasangan sistem solar.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian dalam Kilang Inchicon untuk melawat solar yang dipasang Syarikat Jase untuk memberikan gambaran yang jelas kepada delegasi PKB bagaimana pemasangan solar tersebut.

Moga dengan kunjungan tapak ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran sistem solar dalam pembangunan projek pemasangan sistem solar di Hotel Adya Kuah, Langkawi Kedah kelak.