18 Ogos 2024, Ahad – Bertempat di Hotel Jerai,  Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara Shahnaz Healthcare dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi Shahnaz Healthcare telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan 

Lawatan ini telah diisi dengan pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak dan pembangunan negeri Kedah.

Moga lawatan ini memberi sedikit perkongsian ilmu serta mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – Shahnaz Healthcare untuk jangka masa yang panjang.