27 Mei 2024, Isnin – Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad (PKB), Puan Muzzaini binti Abd. Rahman bersama Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Capital En Ahmad Farizul bin Abd. Ghani telah melaksanakan lawatan ke Pusat IBS CIDB bagi merealisasikan Projek The Greater Homes @Kedah. Lawatan ini bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik di negeri Kedah.
Delegasi ini telah disambut baik oleh Pengurusan CIDB IBS dan diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak perunding ZAB memberi taklimat ringkas mengenai IBS CIDB. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian galeri dan contoh rumah IBS.
Moga dengan kunjungan tapak ke Pusat IBS CIDB bersama CIDB dapat membangunkan projek perumahan yang akan dijalankan. Tambahan itu ia juga dapat meningkatkan pasaran dan kualiti perumahan di negeri Kedah.