07 Mei 2024, Selasa – Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), En Mohd Azad Bin Jasmi bersama kumpulan PKB telah melaksanakan lawatan ke Kilang Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas). Lawatan bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan industri solar dapat dilihat secara menyeluruh bersama pihak pelabur – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Pihak Lembaga Maktab Mahmud yang berhasrat membuat pemasangan sistem solar di seluruh Bangunan Sekolah Kelolaan Lembaga Maktab Mahmud.
Delegasi ini disambut baik oleh Pengurusan Modenas dan Malakoff diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak Lembaga Maktab Mahmud diberi taklimat ringkas mengenai Pemasangan Solar Berbumbung dan pengoperasian Modenas. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian production serta melihat sistem solar.
Moga dengan kunjungan tapak ke Modenas dan kerjasama yang kukuh antara PKB bersama Malakoff dapat membangunkan projek penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan tenaga solar. Tambahan itu ia juga dapat mentransformasikan pembangunan ekonomi negeri dengan mengambilkira Kemampanan Alam Sekitar.