21 Februari 2025, Jumaat – Delegasi Kumpulan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Pengurus PKB Development, En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan telah melaksanakan Lawatan Tapak ke Kilang Beras Pek Choo Keok dan ke Sawah Padi (Jerami Padi) serta ke Tapak Kuari Pasir di Sintok bersama Team Tan Sri Halim Saad.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai proses pembuatan beras, pengurusan jerami padi, serta operasi kuari pasir di Sintok. Selain itu, ia turut membuka peluang kerjasama strategik dalam memastikan kelestarian pertanian, sumber bahan binaan, dan bekalan runcit mampu milik di Kedah. Sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC), PKB komited untuk memperkasa industri tempatan demi manfaat rakyat dan ekonomi negeri.

Moga lawatan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan sektor pertanian dan sumber bahan binaan di Kedah, selari dengan agenda pembangunan negeri.