26 September, 2024 Khamis: Satu pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) telah termeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Chaz Refinery and Petrochemical Sdn Bhd bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan memupuk kerjasama dalam penyelesaian tenaga dan inisiatif pembangunan lestari serta memberi memberi impak berpanjangan kepada alam sekitar dan ekonomi Kedah.
PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Chaz Delivering Energy Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj Mohamad Zunaidi Kadir.
Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah ini ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.
Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh dalam usaha untuk memacu amalan tenaga lestari yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua dua organisasi tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan seluruh masyarakat di Kedah.



