19 Jun 2024, Rabu – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan KAB Energy Holdings Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala KAB Energy Holdings Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah, Datuk Wira Mubarak Hussain.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama KAB Energy Holdings Sdn Bhd dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas.