22 Julai 2024, , Isnin – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Besgrade Plywood Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.
Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Besgrade Plywood Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Projek Mr Tan Chor Eng.
Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Besgrade Plywood Sdn Bhd untuk membangunkan sektor hartanah di Negeri Kedah.