20 Ogos 2024, Selasa – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma PKNK Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi Haji. Yusof bin Mat Nasir dan disaksikan oleh Penasihat.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad untuk membangunkan sektor perumahan di Negeri Kedah.