4 September 2024, Rabu – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Zntech Network Sdn Bhd.
Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan Zntech Network Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan Encik Zainon Hanapi.
Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Zntech Network Sdn Bhd untuk bersama-sama meneroka dengan lebih mendalam sektor inovasi dalam industri “Food Security” berteraskan teknologi pembangunan bagi negeri Kedah dan Malaysia.

