20 Januari 2025, Isnin : Bertempat di Hotel Binjai, Kuala Lumpur telah termeterai satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permodalan kedah Berhad bersama Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO), Corporate Mind Group, dan Jakarta Business School (JBS).
Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi mewakili PKB manakala mewakili Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO) Encik Muhammad Akmal, mewakili Corporate Mind Group Puan Siti Nurfarhana Omar Aziz Ketua Pegawai Eksekutif dan mewakili Jakarta Business School Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.
Kerjasama strategik antara ASKCO, Corporate Mind Group, PKB, dan Jakarta Business School bertujuan memperkasakan usahawan tempatan, memacu inovasi, serta mentransformasi ekonomi negara dengan pendekatan holistik yang menekankan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat. ASKCO, firma guaman dengan jaringan global, menyediakan penyelesaian perundangan inovatif, manakala Corporate Mind Group memberi panduan strategik dalam penggabungan dan pengambilalihan (M&A), penstrukturan saham, rangka kerja ESG, usaha sama (JV), IPO, serta strategi modal teroka (VC) dan ekuiti persendirian (PE).
Kerjasama ini melambangkan dedikasi membina Malaysia yang dinamik, inklusif, dan kompetitif di peringkat antarabangsa, sambil memperkukuh komuniti perniagaan tempatan untuk menghadapi cabaran global dengan yakin.

