20 Ogos 2024, Selasa – Bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma PKNK telah termeterai satu perjanjian usahasama antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Teguh Harian Group.
Sesi ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Teguh Harian Group diwakili Mr Peh Yueh Han Pengarah Urusan dan disaksikan oleh Mr Law Hoo Chew Pengurus Perancangan dan Pembangunan Hartanah.
Moga ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Teguh Harian Group dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek perumahan mampu milik untuk rakyat negeri Kedah.