24 Mac 2025, Isnin : Permodalan Kedah Berhad (PKB) berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada warga Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sempena penyerahan Goodies Raya menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Kunjungan ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua agensi, malah mencerminkan semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam menyambut bulan penuh keberkatan. Turut diadakan sesi lawatan ringkas ke sekitar Pejabat PKB, yang memberi peluang untuk bertukar pandangan serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama sedia ada.

Terima kasih diucapkan kepada warga PKNK atas kunjungan mesra ini. Semoga hubungan strategik antara PKNK dan PKB terus utuh dan diberkati, insya-Allah.