2 September 2024, Isnin – Pada 28 Ogos 2024 yang lepas, satu perjumpaan dan perbincangan antara Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) Hotel Management & Services Sdn Bhd dan Ketua Jabatan Hotel Adya telah diadakan di Hotel Adya, Langkawi Kedah Darul Aman.

Tujuan program ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan dan laporan PKB Hotel sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Ogos 2024.

Diharapkan agar mesyuarat ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua yang terlibat pada hari tersebut.