6 Ogos 2024, Selasa – Permodalan Kedah Berhad dan KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH) telah melakukan kunjungan hormat ke Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN).

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan syarikat, serta bertujuan melaksanakan pelaksanaan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui untuk kemajuan negeri Kedah.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan manakala Pengurus PKB Development En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan dan Penolong Pengurus Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan serta Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize telah disantuni oleh Pengurusan BPEN.

Manakala delegasi KABEH diwakili oleh Pengarah Eksekutif KABEH, Dato’ Lai Keng Onn, Pengarah KABEH Datuk Wira Mubarak Hussain, Ketua Pegawai Operasi Bahagian SES En Jonathan Wu Jo-Han turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Delegasi PKB telah disantuni oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS.,AMK.,BCK. dan YB. Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Zakaria, AMK., BKM. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan memberikan manfaat secara langsung dalam kerjasama ke arah merealisasikan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas untuk masa hadapan negeri Kedah.