18 Ogos 2024, Ahad – Delegasi Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke UUM Holdings Sdn Bhd.
Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize telah disantuni oleh Pengurusan UUM Holdings Sdn Bhd.
Sesi kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.
Delegasi UUM Holdings Sdn Bhd telah diketuai oleh Pengarah Ekesekutif, En. Azman Hisham Che Doi yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.
Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – UUM Holdings Sdn Bhd untuk jangka masa yang panjang.