20 Jun 2024, Khamis – Bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar minggu lepas, telah berlangsung sebuah program Pemukiman Pemimpin Persidangan Tadbir Urus & Kelestarian 2024 yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mengenai Gagasan The Greater Kedah kepada Barisan Exco Kerajaan Negeri, ADUN, Ahli Parlimen, Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta Pengurusan Tertinggi GLC Kedah.

Program dilanjutkan dengan Forum “The Greater Kedah”, yang dipandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Wira Isahak Murat sebagai Moderator.

Panel utama forum ialah Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah; serta panel jemputan, Pengerusi Eksekutif PwC, Nurul A’in Abdul Latif. Ketua Pegawai Eksekutif PKB, En Mohd Azad Bin Jasmi turut menghadiri forum tersebut.

Moga program ini memberi manfaat bersama kepada seluruh warga kerja Badan Berkanun Kerajaan dan GLC Negeri Kedah.